Saturday, May 26, 2012

Pembentangan Poster Project Tahun Akhir 2012

Penyelidik : Mah ah Jing
Supervisor : Assoc Prof. Dr Lo May Chiun

         Penyelidik memberitahu bahawa objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kesan penilaian tahap prestasi kerja terhadap prestasi organisasi dari segi pulangan atas pelaburan, untung bersih, ketidakhadiran pekerja, dan aduan pelanggan. Penyelidik memilih sebanyak 140 responden daripada pelbagai institusi kewanagan dalam malaysia.Penyelidik menggunakan instrumen smartPLS 2.0 (M3) untuk menganalisa data yang di kumpul. Keputusan dari kajian ini menunjukkan kesan yang positif antara hubungan bidang kuasa and penilaian prestasi organisasi dalam organisasi. Akhir sekali, penyelidik memberitahu bahawa poster ini di siapkan mengambil masa selama 1 bulan dengan anggaran kos sebanyak RM 50 untuk sebuah poster.





Penyelidik : Nurhazwani Binti Mohamed
Supervisor : Professor Dr. Ernest Cyril de Run 

           Penyelidik memberitahu bahawa objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan kelakuan atau sikap responden terhadap pembungkusan 'Nasi Lemak' melalui pembungkusan tradisional dan moden. Penyelidik menggunakan Theory of Reason Action (TRA) untuk melihat pembolehubah terhadap perbezaan antara jantina dan lokasi respondent. 200 responden di pilih secara rawak untuk kajian ini yang di lakukan di bandar dan perkampungan Negeri Pahang. Data analisis yang di gunakan adalah teknik frequency, descriptive, t-test, Analysis of Variance (ANOVA) dan Multiple Analysis of Variance (MANOVA).
             Pada pendapat saya, population yang di kaji haruslah merangkuni lebih daripada satu negeri. Hal ini kerana Nasi lemak terkenal di seluruh Malaysia.