Thursday, April 26, 2012

Etnografi (ethnography) Dalam Konteks Penyelidikan Pemasaran

Melalui pemahaman saya dalam konteks penyelidikan pemasaran, etnografi (ethnography) merujuk kepada penyelidikan yang di jalankan terhadap pengguna melalui pengalaman mereka secara peribadi. Dalam erti kata lain, penyelidikan yang di jalankan adalah secara bersemuka tanpa gangguan pihak lain.Persekitaran pengguna yang kompleks dapat di lihat melalui pemerhatian secara langsung dan penerokaan terhadap kedudukan sosial,budaya dan ekonomi.

FAEDAH ATAU KELEBIHAN

  1. Pemerhatian etnografi mampu merangsang tindakan kognitif untuk membongkar aspek psikografik pengguna dalam membuat  keputusan pembelian.Hasil daripada pemerhatian,reka bentuk produk dapat di hasilkan
  2. Etnografi dapat menilai gelagat pengguna secara terperinci,mengenal pasti corak dan tema melalui pemerhatian yang tersusun dan melibatkan individual dalam aktiviti-aktiviti seperti membuat belian dan mencuba produk atau menggunakan perkhidmatan.
  3. Etnografi menyediakan maklumat yang komprehensif mengenai penggunaan produk secara keseluruhan atau kitaran pembelian.

CABARAN

Etnografi
 Perlu mengenal pasti and memahami tentang kelakuan,nilai,kepercayaan,peraturan,simbolisme dan kepentingan esponden.

Peranan ahli ethnografi
Ahli ethnography bukan sahaja bertindak sebagai pemerhati malah perlu mengambil bahagian dalam sesebuah kumpulan pemerhati walaupun sebagai pemerhati luaran.

Tempoh masa 
Tempoh yang di ambil untuk menjalankan penyelidikan ini bukan sahaja mengambil masa selama beberapa bulan,malah perlu mengambil masa selama 3-4 tahun untuk menyiapkan kajian.

Pemerhatian responden
Perbualan atau wawancara antara ahli etnografi dan reponden harus menonjolkan perbualan biasa antara rakan-rakan atau kenalan.Soalan yang di ajukan kepada responden haruslah spesifik dan mudah di fahami agar responden dapat memberikan maklum balas yang bernas.

Sunday, April 8, 2012

Perbezaan antara teori dan fakta




Teori dapat di takrifkan sebagai satu kerangka konsep yang menerangkan pemerhatian yang sedia ada dan meramalkan sesuatu yang baru. Pemerhatian yang di lakukan adalah berdasarkan hipotesis atau kajian yang berlaku di sekeliling. Teori juga boleh di fahami sebagai pandangan atau pendapat seseorang terhadap sesuatu perkara sama ada konkrit atau pun abstrak. Manakala, fakta pula adalah sesuatu pemerhatian yang telah wujud dan di sahkan kebenarannya. Sesuatu fakta tidak boleh di sangkal kebenarannya mahupun di ubah kepada sesuatu perkara yang baru. Hal ini kerana fakta telah pun wujud dan di ketahui melalui pengalaman sebenar atau pemerhatian. Dengan kata lain, fakta adalah sesuatu yang terbukti betul dan benar.