Friday, March 30, 2012

Penyelidikan jenis induktif atau deduktif?

Topik penyelidikan yang saya selidik adalah jenis induktif. Ini merupakan proses di mana kita melihat atau menilai sesuatu fenomena yang berlaku dan membuat kesimpulan yang abstrak dan konkrit terhadap apa yang berlaku dengan mengenal pasti maklumat dan fakta fenomena tersebut. Dengan kata lain, proses induktif di lihat atau di nilai berdasarkan fakta. Sebagai contoh, produk baru akan di pasarkan di pasaran kerana wujudnya permintaan daripada pengguna. Secara kesimpulannya, produk baru tidak akan di pasarkan jika gelagat pengguna terhadap keputusan pembelian produk baru tidak wujud. Penyelidikan yang saya selidik juga mengambil kira kualitatif data dalam membuat tinjauan soal selidik melalui persoalan yang di ajukan kepada pengguna. Namun penggunaan kualitatif data tidak cukup untuk mengumpul maklumat. Kuantitatif data juga turut sama di gunakan untuk membuat statistik data.

Bagaimana untuk menspesifikasikan topik penyelidikan anda?

Bagi menspesifikasikan topik penyelidikan saya , pertama, saya perlu memilih topik penyelidikan yang sesuai. Topik penyelidikan yang saya pilih sama ada melalui minat yang mendalam untuk melakukan kajian terhadap topik ini,berdasarkan pengalaman, carian jurnal atau buku. Kedua, saya perlu memberikan tumpuan kepada objektif utama penyelidikan dengan lebih spesifik. Sebagai contoh, membuat keputusan penyelidikan dengan lebih terperinci sama ada menggunakan tinjauan soal selidik atau makmal penyelidikan. Selepas itu, saya akan mengumpul dan menganalisis data yang saya perolehi daripada responden. Selepas data di kumpul dan di analisis, tafsiran data akan di lakukan untuk melihat sama ada keputusan penyelidikan yang di peroleh akan memberi impak yang positif atau negatif terhadap pengguna. Terakhir, saya perlu menyebarkan maklumat penyelidikan ini kepada pengguna tentang latar belakang penyelidikan, bagaimana proses penyelidikan ini dilakukan dan apa hasil yang di perolehi daripada penyelidikan ini. Hal ini, membolehkan pengguna mengetahui objektif utama penyelidikan saya.

Apa itu penyelidikan?

Penyelidikan merangkumi skop yang luas dan padat ,namun mempunyai pandangan tersendiri berkaitan dengan maksud penyelidikan. Pada pendapat saya, penyelidikan merupakan pencarian maklumat dan menyelami sesuatu perkara dengan lebih lanjut, membuat kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik  bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan manusia sejagat. Selain itu, penyelidikan juga boleh di takrifkan sebagai aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan menggunakan kaedah mengenal pasti dan persoalan-persoalan yang konkrit dan abstrak.

Dimensi penyelidikan

Dimensi penyelidikan yang saya pilih untuk topik penyelidikan saya ialah demensi penerokaan atau exploratory dimension. Hal ini kerana topik penyelidikan saya adalah lebih tertumpu kepada soalan yang berkaitan dengan penyelidikan masa hadapan. Sebagai contoh, soalan tentang siapa yang membuat keputusan pembelian?apa yang di beli?mengapa sesuatu pruduk di beli?Berapa belanjawaan untuk produk baru? dan berapa kerap pengguna menbuat keputusan pembelian produk baru?. Selain itu, penyelidikan saya juga lebih tertumpu kepada penghasilan idea baru. Sebagai contoh, mengapa pelajar Unimas lebih memilih produk baru dalam membuat keputusan pembelian mereka dan tidak memilih produk yang sedia ada di pasaran. Adakah hal ini disebabkan pengaruh daripada harga, kualiti, reka bentuk atau nilai estetika yang terdapat dalam produk baru. Persoalan yang bermain di minda akan terjawab melalui penerokaan penyelidikan yang saya akan kaji. 

Menangani masalah

Arus permodenan yang semakin rancak telah muncul pelbagai produk baru di pasaran. Hal ini telah menarik minat pengguna untuk membuat pembelian produk baru atas sebab ingin mencuba produk tersebut. Namun segelintir pengguna telah leka dalam pembelian produk baru. Ada di antara mereka tidak mengkaji terlebih dahulu akan keperluan produk tersebut sebelum membuat keputusan pembelian. Ada di antara mereka juga membuat keputusan pembelian produk baru sebab terpengaruh dengan pengiklanan dan ajakan rakan-rakan .Mereka terlalu seronok membuat pembelian sehinggakan tidak sedar bahawa keputusan pembelian yang mereka lakukan adalah tidak mandatangkan kepuasan pada diri sendiri. Sebagai pengguna yang bijak, kajian tentang sesuatu produk baru sebelum membuat keputusan pembelian adalah penting untuk mngelakkan pembaziran wang ringgit dan masa. Kajian yang di lakukan terhadap sesuatu produk baru haruslah mengambil kira keperluan, kualiti, reka bentuk, fungsi, faedah dan kesan jangka panjang terhadap produk baru. Segelintir produk baru yang di pasarkan di pasaran tidak semuanya menepati piawaian dan cita rasa pengguna. Ada di antara produk baru yang di keluarkan mencapai kualiti dan piawaian yang rendah. Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak, rancanglah perbelajaan dengan berhemah sebelum membuat keputusan pembelian untuk produk baru.

Thursday, March 8, 2012

Mengapa saya memilih topik ini?


Saya memilih topik ini kerana ingin mengkaji tentang gelagat pengguna di antara pelajar Unimas terhadap produk baru yang sedia ada di pasaran dan masalah yang di hadapi oleh pengguna dalam menilai sesuatu produk itu dari segi spesifikasi,fungsi,faedah dan sebagainya.Gelagat pengguna merujuk kepada proses yang di lalui oleh pengguna dalam membuat keputusan belian,menggunakan dan melupuskan produk yang di beli.Pengguna di anggap raja dalam sesebuah pasaran kerana pengguna merupakan titik permulaan atau paling penting dalam sesebuah perniagaan.Oleh itu,amatlah penting bagi organisasi perniagaan untuk mengkaji ciri-ciri,gaya hidup dan proses pembelian pengguna untuk produk baru.Menurut kajian tentang gelagat pengguna,analisis tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan belian dan penggunaan produk baru harus di lakukan.Skop kajian yang saya akan lakukan merangkumi kajian tentang siapa yang membeli?,apa yang di beli?,mengapa sesuatu produk baru di beli?,bagaimana pengguna mendapatkan pruduk baru dan beberapa kerap pengguna membeli?.

Wednesday, March 7, 2012

SOAL SELIDIK

BORANG SOAL SELIDIK
Jantina *
 Male 
 Female 
Umur *

Berapa belanjawan yang di perlukan untuk produk baru? *
 Bawah RM 100 
 Rm 100-RM 500 
 RM500-RM1000 
 RM 1000-RM 1500 
 RM 1500-RM 2000 
 RM 2000-RM 2500 
 RM 2500-RM 3000 
 Atas 3000 
Mengapa sesuatu produk baru di beli? *
 Faedah 
 Reka bentuk 
 Keperluan 
 Kepuasan 
 Fungsi 
 Ingin tahu 
 Pengaruh rakan dan iklan 
 Lain-lain_____________________(Sila nyatakan) 
Jenis produk yang di gunakan pada 3 bulan lepas? *
 Produk keperluan asas 
 Produk Hiburan 
 Produk kelengkapan pembelajaran(e.g laptop,printer) 
 Produk Kesihatan 
 Lain-lain________________________(Sila nyatakan) 
Bagaimanakah untuk mendapatkan produk baru? *
 Gedung beli belah 
 Laman sesawang (e.g E-bay) 
 Expo jualan 
 Lain-lain_____________________(Sila nyatakan) 

Kekerapan menggunakan produk baru? *
 Setiap Hari  
 Setiap Minggu 
 Setiap Bulan 
 Setiap Tahun 
 Tiada 
Berapa banyak yang anda belanjakan untuk produk baru setakat ini? *
RM

Ringgit
.
Sen
Apakah ciri-ciri yang anda inginkan dalam produk baru? *

Powered byEMF Form Builder
Report Abuse

x