Friday, March 30, 2012
Bagaimana untuk menspesifikasikan topik penyelidikan anda?
Bagi menspesifikasikan topik penyelidikan saya , pertama, saya perlu memilih topik penyelidikan yang sesuai. Topik penyelidikan yang saya pilih sama ada melalui minat yang mendalam untuk melakukan kajian terhadap topik ini,berdasarkan pengalaman, carian jurnal atau buku. Kedua, saya perlu memberikan tumpuan kepada objektif utama penyelidikan dengan lebih spesifik. Sebagai contoh, membuat keputusan penyelidikan dengan lebih terperinci sama ada menggunakan tinjauan soal selidik atau makmal penyelidikan. Selepas itu, saya akan mengumpul dan menganalisis data yang saya perolehi daripada responden. Selepas data di kumpul dan di analisis, tafsiran data akan di lakukan untuk melihat sama ada keputusan penyelidikan yang di peroleh akan memberi impak yang positif atau negatif terhadap pengguna. Terakhir, saya perlu menyebarkan maklumat penyelidikan ini kepada pengguna tentang latar belakang penyelidikan, bagaimana proses penyelidikan ini dilakukan dan apa hasil yang di perolehi daripada penyelidikan ini. Hal ini, membolehkan pengguna mengetahui objektif utama penyelidikan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment