Saya memilih topik ini kerana ingin mengkaji tentang gelagat pengguna di antara pelajar Unimas terhadap produk baru yang sedia ada di pasaran dan masalah yang di hadapi oleh pengguna dalam menilai sesuatu produk itu dari segi spesifikasi,fungsi,faedah dan sebagainya.Gelagat pengguna merujuk kepada proses yang di lalui oleh pengguna dalam membuat keputusan belian,menggunakan dan melupuskan produk yang di beli.Pengguna di anggap raja dalam sesebuah pasaran kerana pengguna merupakan titik permulaan atau paling penting dalam sesebuah perniagaan.Oleh itu,amatlah penting bagi organisasi perniagaan untuk mengkaji ciri-ciri,gaya hidup dan proses pembelian pengguna untuk produk baru.Menurut kajian tentang gelagat pengguna,analisis tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan belian dan penggunaan produk baru harus di lakukan.Skop kajian yang saya akan lakukan merangkumi kajian tentang siapa yang membeli?,apa yang di beli?,mengapa sesuatu produk baru di beli?,bagaimana pengguna mendapatkan pruduk baru dan beberapa kerap pengguna membeli?.
.jpg)
No comments:
Post a Comment