Teori dapat di takrifkan sebagai satu kerangka konsep yang menerangkan pemerhatian yang sedia ada dan meramalkan sesuatu yang baru. Pemerhatian yang di lakukan adalah berdasarkan hipotesis atau kajian yang berlaku di sekeliling. Teori juga boleh di fahami sebagai pandangan atau pendapat seseorang terhadap sesuatu perkara sama ada konkrit atau pun abstrak. Manakala, fakta pula adalah sesuatu pemerhatian yang telah wujud dan di sahkan kebenarannya. Sesuatu fakta tidak boleh di sangkal kebenarannya mahupun di ubah kepada sesuatu perkara yang baru. Hal ini kerana fakta telah pun wujud dan di ketahui melalui pengalaman sebenar atau pemerhatian. Dengan kata lain, fakta adalah sesuatu yang terbukti betul dan benar.
No comments:
Post a Comment